Keberkesanan Teknik Scaffolding Secara Berkumpulan Dalam Menghasilkan E-Folio Pelajar Di Politeknik
Keywords:
teknik scaffolding, e-Folio, pelajarAbstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teknik scaffolding dalam penghasilan pentaksiran e-Folio pelajar di Politeknik. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti pemahaman pelajar terhadap tugasan e- Folio selepas pelaksanaan teknik scaffolding secara berkumpulan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk untuk meneroka kesan-kesan positif penggunaan teknik tersebut terhadap pencapaian akademik dan pemahaman pelajar. Kajian tindakan ini melibatkan kaedah pemerhatian dan menggunakan senarai semak untuk melihat keberkesanan penguasaan teknik scaffolding kepada pelajar. Dapatan kajian diharapkan dapat memberikan pandangan yang mendalam tentang kesan dan keberkesanan penggunaan scaffolding dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam menghasilkan e-Folio di Politeknik, serta cadangan untuk penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran di institusi tersebut.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Social Science and Business in TVET
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Keberkesanan Teknik Scaffolding Secara Berkumpulan Dalam Menghasilkan E-Folio Pelajar Di Politeknik. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 679-687. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c287