Teknik Amali Solat Dan Pemahaman Maksud Bacaan Dalam Solat Para Pelajar Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Authors

  • Mohd Zahari Bin Yusoff Author
  • Mohd Hisham Bin Md Said Author

Keywords:

Teknik, Amali solat, Pemahaman

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti teknik pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dalam amali solat, perbezaan latar belakang pelajar dan amalan teknik pembelajaran. Kajian ini juga untuk mengenalpasti hubungan antara teknik pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan metode kuantitatif. Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Responden kajian melibatkan 120 orang pelajar semester 2 sesi II 2021/2022 dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Keseluruhan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara teknik pembelajaran amali solat dengan pencapaian pemahaman maksud bacaan dalam solat para pelajar. Kajian ini mencadangkan elemen-elemen teknik pembelajaran amali solat diberi perhatian khusus oleh pensyarah dan pelajar dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran amali solat agar penghayatan solat serta kecemerlangan kualiti pelajar tercapai.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Mohd Zahari Bin Yusoff

    Department of General Studies, Politeknik Kota Bharu, KM 24, Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia 

  • Mohd Hisham Bin Md Said

    Department of General Studies, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Teknik Amali Solat Dan Pemahaman Maksud Bacaan Dalam Solat Para Pelajar Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 514-522. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c154

Similar Articles

1-10 of 37

You may also start an advanced similarity search for this article.