Minat Pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Terhadap Sukan Massa
Keywords:
Minat, Program Sukan, Sukan MassaAbstract
Sukan massa ialah aktiviti fizikal yang melibatkan penyertaan ramai individu tanpa mengira tahap kemahiran, bertujuan membentuk masyarakat yang sihat dan bersatu padu. Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), penglibatan pelajar dalam sukan massa penting untuk kesihatan fizikal, mental serta pembentukan sahsiah, namun kadar penyertaan masih rendah walaupun pelbagai program telah dianjurkan. Tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui tahap minat pelajar terhadap sukan massa serta faktor-faktor yang mempengaruhinya serta cadangan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam sukan massa di institusi. Representatif tinjauan serta kajian ini melibatkan bilangan seramai 150 orang responden iaitu 90 lelaki dan 60 perempuan yang menuntut di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Target pelajar diminta untuk membuat penilaian tahap minat terhadap sukan massa serta faktor-faktor yang mempengaruhi minat mereka diukur menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada 2 segmen. Data kajian diperoleh melalui penggunaan bentuk kaji selidik. Statistical Package for Social Science (SPSS) digunakan untuk menganalisis data menggunakan kaedah peratus, skor min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, data menunjukkan tahap minat pelajar PSA terhadap sukan massa adalah tinggi iaitu skor min 3.81. Hasil kajian ini akan dapat membantu institusi dalam merancang penganjuran aktiviti dan program yang melibatkan pelajar pada setiap tahun.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Social Science and Business in TVET
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Minat Pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Terhadap Sukan Massa. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 598-605. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c202