Peranan Tahap Kemahiran Algebra Terhadap Keberkesanan Pembelajaran Matematik Dalam Bidang Teknologi Maklumat Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Keywords:
Algebra, Pencapaian Akademik, Matematik Diskret, Kursus Matematik, Pengajaran, PoliteknikAbstract
Kajian ini bertujuan menilai kesan penguasaan algebra terhadap pencapaian pelajar dalam kursus matematik di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), khususnya kursus Calculus and Algebra dan Discrete Mathematics. Algebra merupakan asas penting dalam memahami konsep matematik lanjutan dan memainkan peranan utama dalam kejayaan akademik pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menganalisis data keputusan peperiksaan akhir melibatkan 212 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi sesi 2022/2023 hingga 2023/2024. Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi positif antara penguasaan algebra dan pencapaian dalam kursus matematik lanjutan. Pelajar yang menguasai algebra dengan baik memperoleh prestasi lebih tinggi dalam kursus Discrete Mathematics, manakala pelajar yang lemah menunjukkan prestasi rendah. Analisis min juga menunjukkan keputusan pelajar dalam kursus Calculus and Algebra lebih tinggi berbanding Discrete Mathematics. Kajian turut mengenal pasti faktor seperti tahap kesukaran soalan dan kaedah pengajaran sebagai penyumbang kepada tahap penguasaan algebra. Pelajar yang mendapat latihan intensif menunjukkan penguasaan yang lebih baik. Kajian mencadangkan kelas tambahan, strategi pengajaran interaktif, dan pemantauan berkala bagi memperkukuh penguasaan algebra. Dapatan ini diharapkan membantu memperbaiki kurikulum dan strategi pengajaran matematik di politeknik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Industry-Based Education
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Peranan Tahap Kemahiran Algebra Terhadap Keberkesanan Pembelajaran Matematik Dalam Bidang Teknologi Maklumat Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 459-464. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/b275