Penilaian Tahap Pengetahuan Dan Cabaran Pematuhan Standard Industri Pembinaan Cis 22:2023 Dalam Penggunaan Perancah Di Tapak Bina Dalam Daerah Dungun
Kata kunci:
CIS 22:2023, keselamatan perancah, pematuhan standard, pengetahuan pekerja, cabaran industri pembinaanAbstrak
Industri pembinaan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, namun terus mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi, khususnya melibatkan penggunaan perancah. Perancah yang tidak dipasang dengan betul boleh mengakibatkan kemalangan serius seperti jatuh dari ketinggian dan keruntuhan struktur. Bagi menangani isu ini, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah memperkenalkan Standard Industri Pembinaan CIS 22:2023: Keakuran Produk untuk Penggunaan Perancah dalam Pembinaan bagi meningkatkan keselamatan di tapak bina. Kajian ini bertujuan menilai tahap pengetahuan pekerja binaan terhadap penggunaan perancah yang mematuhi CIS 22:2023 dan mengenal pasti cabaran pematuhan di enam tapak bina sekitar daerah Dungun. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada 103 orang pekerja binaan sebagai responden. Analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan terhadap CIS 22:2023 adalah rendah. 82% responden tidak mengetahui CIS 22:2023 sebagai standard keselamatan, 78% tidak dapat mengenal pasti peralatan yang mematuhi standard dan 74% tidak pernah menghadiri latihan berkaitan. Dari segi cabaran pematuhan, 73% responden menyatakan ketiadaan latihan sebagai halangan utama, diikuti oleh kos latihan yang tinggi (72%), kekangan masa kerja (69%), serta kelemahan penguatkuasaan (70%). Kajian merumuskan bahawa kekurangan pengetahuan dan pelbagai cabaran teknikal serta pengurusan menyukarkan pematuhan terhadap CIS 22:2023. Oleh itu, latihan berkala, penguatkuasaan tegas, dan sokongan daripada majikan perlu diperkukuhkan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan standard ini dan meningkatkan tahap keselamatan di tapak bina.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Engineering and Green Technology
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Penilaian Tahap Pengetahuan Dan Cabaran Pematuhan Standard Industri Pembinaan Cis 22:2023 Dalam Penggunaan Perancah Di Tapak Bina Dalam Daerah Dungun. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 55-64. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a156