Bumbung Lestari: Aplikasi Serat Sabut Kelapa Dalam Genting Untuk Penurunan Suhu

Pengarang

  • Rahayu Binti Mhd Adnan Pengarang
  • Mohamad Khairi bin Mat Yaacob Pengarang
  • Mohd Shahrezal bin Abd Hamid Pengarang

Kata kunci:

Serat Sabut Kelapa, Atap Genting, Serapan Haba, Alternatif, Lestari, Kawasan Tropika

Abstrak

Kajian ini meneliti kesan penambahan serat sabut kelapa terhadap keupayaan atap genting konkrit dalam mengurangkan suhu. Dalam kajian ini, serat sabut kelapa dicampurkan dengan bahan asas pembuatan atap genting seperti simen dan pasir pada berat yang berbeza iaitu 10 gram, 15 gram dan 20 gram untuk menilai kesannya terhadap pengurangan suhu. Ujian dijalankan dengan membandingkan suhu atap genting konvesional (kawalan) dan atap genting campuran serat sabut kelapa di bawah pendedahan matahari secara langsung selama 4 jam. Daripada data ujian, jelas menunjukkan bahawa atap genting dengan penambahan serat sabut kelapa sebanyak 20 gram mencatatkan nilai suhu yang terendah berbanding sampel dengan 15 gram dan 10 gram serat sabut kelapa. Hasil analisis data, jelas menunjukkan bahawa penggunaan serat sabut kelapa dalam campuran atap genting berupaya mengurangkan serapan haba berbanding atap genting konvensional. Kajian ini merupakan satu alternatif dalam menyumbang kepada pembangunan bahan binaan yang lebih lestari dan mesra alam dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang boleh diperbaharui. Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan sebagai rujukan bagi industri pembinaan dalam usaha mengurangkan kesan haba di kawasan tropika.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Rahayu Binti Mhd Adnan
    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Mohamad Khairi bin Mat Yaacob
    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Mohd Shahrezal bin Abd Hamid
    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Diterbitkan

2025-11-01

Cara Memetik

Bumbung Lestari: Aplikasi Serat Sabut Kelapa Dalam Genting Untuk Penurunan Suhu. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 186-191. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a204

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama

Artikel Sejenis

1-10 daripada 11

Anda juga boleh mulakan carian persamaan lanjutan untuk artikel ini.