Memperkasa Budaya Keselamatan: Impak Latihan Kkp Komprehensif Terhadap Staf Akademik Politeknik
Kata kunci:
Latihan KKP, Kesedaran Keselamatan, Amalan Keselamatan, Staf Akademik, Politeknik, Budaya Keselamatan, Pengurusan RisikoAbstrak
Kajian ini telah dijalankan untuk menyiasat kesan latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) terhadap kesedaran dan amalan keselamatan dalam kalangan staf akademik politeknik Malaysia. Dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas, data telah dikumpul daripada 156 responden di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Statistik deskriptif digunakan untuk merumuskan profil responden dan skor min domain KKP. Ujian-t sampel bebas menunjukkan bahawa staf yang telah menghadiri latihan KKP melaporkan tahap kesedaran dan sikap KKP yang lebih tinggi secara signifikan (p=0.029), serta amalan keselamatan, pengurusan risiko, dan budaya keselamatan di tempat kerja yang lebih baik secara signifikan (p=0.000 untuk semua domain tersebut), berbanding mereka yang tidak pernah menghadiri latihan. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan positif yang kuat antara keberkesanan latihan KKP (relevansi, fasilitator berpengalaman, liputan komprehensif) dengan peningkatan kesedaran, sikap, dan amalan keselamatan keseluruhan. Dapatan kajian ini menggariskan peranan kritikal latihan KKP yang berkualiti dalam memupuk budaya keselamatan yang kukuh dan menggalakkan tingkah laku selamat dalam persekitaran akademik.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Social Science and Business in TVET
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Memperkasa Budaya Keselamatan: Impak Latihan Kkp Komprehensif Terhadap Staf Akademik Politeknik. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 670-678. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c283