Kajian Awal Perbandingan Teknologi Tenaga Suria Dan Aplikasi Optimumnya Di Malaysia
Kata kunci:
Tenaga Suria, Teknologi Fotovoltaik, Kuasa Suria Tertumpu, Aplikasi Optimum, MalaysiaAbstrak
Permintaan terhadap tenaga boleh diperbaharui semakin meningkat selari dengan usaha global untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dan menangani isu perubahan iklim. Tenaga suria dikenalpasti sebagai antara sumber paling berpotensi, namun kepelbagaian teknologi yang tersedia seperti sistem fotovoltaik (PV), kuasa suria tertumpu (CSP), panel bifacial, sistem suria terma dan panel nipis (thin film) menimbulkan cabaran dalam menentukan teknologi yang paling sesuai bagi aplikasi tertentu, terutamanya dalam konteks iklim tropika dan keperluan tenaga di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menjalankan penilaian awal terhadap lima teknologi tenaga suria utama melalui pendekatan analisis literatur dan perbandingan kualitatif. Penilaian dibuat berdasarkan faktor seperti kecekapan tenaga, kos pemasangan dan penyelenggaraan, keperluan ruang, serta kesesuaian aplikasi di persekitaran tempatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada satu teknologi yang paling unggul secara mutlak, sebaliknya setiap teknologi mempunyai kekuatan tersendiri mengikut konteks penggunaan. Sebagai contoh, teknologi PV sesuai untuk kediaman dan kawasan luar bandar, manakala CSP dan panel bifacial lebih efisien untuk ladang solar berskala besar. Kajian ini menyimpulkan bahawa pemilihan teknologi tenaga suria yang berpandukan kepada padanan aplikasi dapat meningkatkan kecekapan sistem, mengoptimumkan pelaburan dan menyokong peralihan negara ke arah masa depan tenaga yang lebih lestari.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Engineering and Green Technology
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Kajian Awal Perbandingan Teknologi Tenaga Suria Dan Aplikasi Optimumnya Di Malaysia. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 368-373. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a265