Analisis Keberkesanan Penguasaan Matematik Diskret Terhadap Pemahaman Algoritma Dan Struktur Data Dalam Kalangan Pelajar Diploma Teknologi Maklumat Di Politeknik

Authors

  • Nadiana Binti Ariffin Author
  • Shahrah Binti Hamat Author
  • Wan Mohd Zawawi Bin Wan Yunus Author

Keywords:

Matematik Diskret, Algoritma, Struktur Data, Aplikasi Praktikal, Diploma Teknologi Maklumat, Politeknik

Abstract

Matematik diskret merupakan asas penting dalam pembangunan kemahiran algoritma dan struktur data, khususnya dalam bidang pengaturcaraan dan sains komputer. Kajian ini bertujuan meneliti peranan matematik diskret dalam memperkukuh kemahiran tersebut dalam kalangan pelajar Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Matematik diskret merangkumi konsep asas seperti teori set, logik matematik, teori graf, pengiraan rekursif, dan teori nombor, yang menjadi asas penting dalam memahami serta membina algoritma dan struktur data yang berkesan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada pelajar tahun dua yang mengikuti kursus Matematik Diskret. Data yang diperoleh dianalisis bagi menilai hubungan antara penguasaan dalam matematik diskret dan prestasi dalam kursus berkaitan algoritma dan struktur data. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar yang menguasai matematik diskret cenderung memiliki pemahaman yang lebih baik terhadap konsep seperti rekursi, pencarian dan pengurutan, serta lebih berkeupayaan mengaplikasikan teori dalam penyelesaian masalah pengaturcaraan. Namun, cabaran turut dikenal pasti, termasuk kesukaran menghubungkan teori matematik dengan aplikasi praktikal. Secara keseluruhan, kajian ini mengesahkan bahawa penguasaan matematik diskret memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan teknikal pelajar. Oleh itu, disarankan agar kandungan matematik diskret diperkukuh dan diintegrasikan secara menyeluruh dalam kurikulum demi melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam bidang Teknologi Maklumat.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Nadiana Binti Ariffin
    Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Shahrah Binti Hamat
    Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Wan Mohd Zawawi Bin Wan Yunus
    Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Analisis Keberkesanan Penguasaan Matematik Diskret Terhadap Pemahaman Algoritma Dan Struktur Data Dalam Kalangan Pelajar Diploma Teknologi Maklumat Di Politeknik. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 465-472. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/b276

Similar Articles

1-10 of 112

You may also start an advanced similarity search for this article.