Faktor - Faktor Pemilihan Kerjaya Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik
Kata kunci:
Keusahawanan, Aspirasi Kerjaya, Pelajar Politeknik, Faktor Penentu Pemilihan Kerjaya KeusahawananAbstrak
Keusahawanan memainkan peranan yang signifikan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), galakan pelaburan, serta penyediaan peluang pekerjaan. Oleh itu, kerjaya dalam bidang keusahawanan wajar dipertimbangkan sebagai salah satu pilihan utama oleh para pelajar untuk masa depan mereka. Selaras dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar Diploma Teknologi Digital (DDT) di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Bagi tujuan pengumpulan data, soal selidik telah diedarkan kepada 36 orang pelajar yang dijadikan responden kajian. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik dengan item berasaskan Skala Likert. Hasil kajian menunjukkan bahawa para pelajar berminat untuk menjadi usahawan dan mempunyai sikap yang positif terhadap kerjaya dalam bidang keusahawanan.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Social Science and Business in TVET
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Faktor - Faktor Pemilihan Kerjaya Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 558-565. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c171