Keberkesanan Teknik Scaffolding Secara Berkumpulan Dalam Menghasilkan E-Folio Pelajar Di Politeknik
Kata kunci:
teknik scaffolding, e-Folio, pelajarAbstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teknik scaffolding dalam penghasilan pentaksiran e-Folio pelajar di Politeknik. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti pemahaman pelajar terhadap tugasan e- Folio selepas pelaksanaan teknik scaffolding secara berkumpulan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk untuk meneroka kesan-kesan positif penggunaan teknik tersebut terhadap pencapaian akademik dan pemahaman pelajar. Kajian tindakan ini melibatkan kaedah pemerhatian dan menggunakan senarai semak untuk melihat keberkesanan penguasaan teknik scaffolding kepada pelajar. Dapatan kajian diharapkan dapat memberikan pandangan yang mendalam tentang kesan dan keberkesanan penggunaan scaffolding dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam menghasilkan e-Folio di Politeknik, serta cadangan untuk penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran di institusi tersebut.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Social Science and Business in TVET
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Keberkesanan Teknik Scaffolding Secara Berkumpulan Dalam Menghasilkan E-Folio Pelajar Di Politeknik. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 679-687. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c287