Analisis Perbandingan Kemahiran Komunikasi Dan Kecekapan Ict Melalui Pendekatan Kolaboratif Psh Rentas Negara
Kata kunci:
Pendidikan Sepanjang Hayat, Kemahiran Komunikasi, Kecekapan ICT, Pendidikan Vokasional, Kolaborasi Rentas NegaraAbstrak
Kajian ini menilai keberkesanan Program Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) yang dilaksanakan secara kolaboratif antara Malaysia dan Indonesia dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan kecekapan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar politeknik. Menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif, seramai 212 pelajar terlibat dalam bengkel teknikal atas talian meliputi penyelenggaraan sistem rangkaian dan interaksi rentas negara. Instrumen soal selidik dengan kebolehpercayaan tinggi (α = 0.981) digunakan untuk mengukur kemahiran komunikasi dan kecekapan ICT. Dapatan menunjukkan skor min sangat tinggi bagi kedua-dua dimensi: komunikasi (M = 4.33) dan ICT (M = 4.41), dengan sisihan piawai yang rendah, menunjukkan penguasaan yang konsisten. Interaksi antarabangsa turut meningkatkan keyakinan pelajar, pemahaman silang budaya dan kerjasama global. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan model PSH rentas negara yang menyepadukan elemen teknikal dan insaniah secara efektif. Dapatan ini memberi implikasi positif terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4 dan SDG 8), khususnya dalam memperluas akses kepada pendidikan berkualiti dan pembangunan kemahiran untuk kebolehpasaran pekerjaan masa depan.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
International Collaboration in TVET
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Analisis Perbandingan Kemahiran Komunikasi Dan Kecekapan Ict Melalui Pendekatan Kolaboratif Psh Rentas Negara. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 840-848. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/e252