Kajian Sifat Anti-Kakisan Salutan Komposit Grafena/Fosforena-Polyaniline (Pani) Pada Keluli Lembut
Kata kunci:
Fosforena, Grafena, Polyaniline, Salutan Komposit, Sifat Struktur, Sifat Fizikal, Keluli LembutAbstrak
Keluli lembut walaupun digunakan secara meluas kerana sifat mekanikal dan pemilihan disebabkan kosnya yang rendah, ia sering terdedah kepada kakisan yang mengehadkan ketahanan dan kebolehpercayaannya. Untuk menangani isu ini, salutan komposit berasaskan Polyaniline (PANi) yang ditambah dengan Fosforena (P) dan Grafena(G) telah dibangunkan. PANi dipilih kerana keupayaannya untuk menghalang pengecasan ionik pada permukaan, manakala Grafena bertujuan untuk meningkatkan kekonduksian elektrik. Walau bagaimanapun, Grafena cenderung untuk menggumpal, mengurangkan keberkesanannya. Fosforena diperkenalkan untuk meningkatkan penyebaran Grafena dan keseragaman salutan. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan penambahan Fosforena pada sifat struktur dan fizikal salutan komposit P:G-PANi pada substrat keluli lembut. Salutan disediakan menggunakan kaedah pengisaran bebola mekanikal planet diikuti dengan sonikasi dan dicirikan menggunakan Mikroskopi Elektron Imbasan Pelepasan Medan (FESEM). Keputusan FESEM menunjukkan bahawa penambahan Fosforena meningkatkan penyebaran dan keseragaman komposit terutamanya pada nisbah P:G 1:1. Dimana Fosforena bertindak sebagai pemisah yang berkesan antara lapisan Grafena. Analisis XRD mengesahkan kehadiran fasa Fosforena dan Grafena yang berasingan dalam matriks PANi, dengan Fosforena mempengaruhi keamatan puncak Grafena, menyokong peranannya dalam mengubah seni bina hablur komposit. Perubahan struktur ini yang disebabkan oleh Fosforena membawa kepada sifat penghalang fizikal yang lebih baik seperti yang ditunjukkan oleh rintangan kakisan yang dipertingkatkan, dimana nisbah P:G 1:1 menunjukkan “Open Circuit Potential” (OCP) yang paling stabil dan baik (-0.6 V). Penemuan ini menekankan peranan penting Fosforena dalam mengoptimumkan mikrostruktur dan seterusnya sifat fizikal dan perlindungan salutan komposit.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Engineering and Green Technology
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Kajian Sifat Anti-Kakisan Salutan Komposit Grafena/Fosforena-Polyaniline (Pani) Pada Keluli Lembut. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 205-211. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a213