Kesediaan Pelajar Menggunakan Kecerdasan Buatan (Ai) Dalam Pembangunan Projek Akhir Di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Keywords:
Kecerdasan Buatan (AI), Kesediaan, Projek AkhirAbstract
Kajian ini adalah bertujuan bagi mengenal pasti kesediaan pelajar semester empat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembangunan projek akhir. Seramai 119 orang pelajar semester empat yang akan mengambil projek akhir di JTMK PSMZA merupakan responden kajian ini. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang dibangunkan berdasarkan sorotan kajian yang telah dibuat. Ujian kesahan dan kebolehpercaayaan terhadap instrumen telah dilaksanakan dan kesahan item menunjukkan nilai Cronbach alpha = 0.932 iaitu sangat baik dan nilai pearson 0.6 iaitu mempunyai hubungan kuat antara kesedaran AI dan kesediaan menggunakan AI bagi setiap item. Dapatan daripada kajian telah menjawab persoalan kajian iaitu mengenal pasti kesediaan pelajar semester empat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembangunan projek akhir. Daripada analisis menunjukkan pelajar bersedia untuk menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembangunan projek akhir pelajar berdasarkan skor min = 4.27 iaitu menunjukkan pelajar mempunyai minat untuk belajar mengenai Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu meningkatkan kualiti pembangunan projek akhir pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Engineering and Green Technology
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Kesediaan Pelajar Menggunakan Kecerdasan Buatan (Ai) Dalam Pembangunan Projek Akhir Di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 74-81. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a175