Kesediaan Pelajar Menggunakan Kecerdasan Buatan (Ai) Dalam Pembangunan Projek Akhir Di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Kata kunci:
Kecerdasan Buatan (AI), Kesediaan, Projek AkhirAbstrak
Kajian ini adalah bertujuan bagi mengenal pasti kesediaan pelajar semester empat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembangunan projek akhir. Seramai 119 orang pelajar semester empat yang akan mengambil projek akhir di JTMK PSMZA merupakan responden kajian ini. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang dibangunkan berdasarkan sorotan kajian yang telah dibuat. Ujian kesahan dan kebolehpercaayaan terhadap instrumen telah dilaksanakan dan kesahan item menunjukkan nilai Cronbach alpha = 0.932 iaitu sangat baik dan nilai pearson 0.6 iaitu mempunyai hubungan kuat antara kesedaran AI dan kesediaan menggunakan AI bagi setiap item. Dapatan daripada kajian telah menjawab persoalan kajian iaitu mengenal pasti kesediaan pelajar semester empat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembangunan projek akhir. Daripada analisis menunjukkan pelajar bersedia untuk menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembangunan projek akhir pelajar berdasarkan skor min = 4.27 iaitu menunjukkan pelajar mempunyai minat untuk belajar mengenai Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu meningkatkan kualiti pembangunan projek akhir pelajar.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Engineering and Green Technology
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Kesediaan Pelajar Menggunakan Kecerdasan Buatan (Ai) Dalam Pembangunan Projek Akhir Di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 74-81. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a175