Kajian Penilaian Indeks Ketidakselesaan Termal Di Bilik Darjah Bagi Bangunan Berkonsepkan Konvensional Dan Sistem Binaan Berindustri (Sistem Konkrit Pratuang) Di Sekolah Kebangsaan Sura, Dungun, Terengganu

Pengarang

  • Nor Afzan Binti Ariffin Pengarang
  • Mohd Anuar bin Mohd Bunyami Pengarang
  • Zaiton binti Ibrahim Pengarang

Kata kunci:

Persekitaran Termal, Temperature-Humidity Index (THI), Bangunan Konvensional, Sistem Binaan Berindustri (IBS), Bilik Darjah

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai dan membandingkan tahap ketidakselesaan termal berdasarkan Temperature- Humidity Index (THI) antara dua bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Sura, Dungun, Terengganu. Kelas 5 Al- Jazzar mewakili bangunan berkonsepkan konvensional, manakala kelas 6 Al-Battani terletak dalam bangunan berasaskan Sistem Binaan Berindustri (IBS) jenis sistem konkrit pratuang. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pencerapan suhu dan kelembapan relatif menggunakan Xiaomi Humidity Temperature Sensor. Cerapan dijalankan secara berkala dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang setiap hari Jumaat dan Sabtu, sepanjang Ogos hingga Oktober 2024. Data dianalisis menggunakan formula THI yang berasaskan model empirik Fanger (1970). Hasil dapatan menunjukkan bahawa bilik darjah konvensional mencatatkan nilai purata THI lebih rendah (25.8) berbanding IBS (27.9), menunjukkan tahap keselesaan termal yang lebih baik dalam konteks iklim tropika. Kajian mencadangkan beberapa penambahbaikan seperti reka bentuk bangunan yang mengoptimumkan pengudaraan semula jadi, penggunaan bahan binaan mesra haba, serta pemasangan penebat haba pada bumbung dan dinding. Kajian lanjutan turut disarankan bagi mempertimbangkan parameter tambahan seperti halaju udara, suhu sinaran purata dan tingkah laku murid. Kajian ini dapat menjadi rujukan penting kepada arkitek, jurutera dan pembuat dasar dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan efisien.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Nor Afzan Binti Ariffin

    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia 

  • Mohd Anuar bin Mohd Bunyami

    Department of Electrical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

  • Zaiton binti Ibrahim

    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia 

Diterbitkan

2025-11-01

Cara Memetik

Kajian Penilaian Indeks Ketidakselesaan Termal Di Bilik Darjah Bagi Bangunan Berkonsepkan Konvensional Dan Sistem Binaan Berindustri (Sistem Konkrit Pratuang) Di Sekolah Kebangsaan Sura, Dungun, Terengganu. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 212-221. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a214

Artikel Sejenis

1-10 daripada 35

Anda juga boleh mulakan carian persamaan lanjutan untuk artikel ini.