Teknik Amali Solat Dan Pemahaman Maksud Bacaan Dalam Solat Para Pelajar Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Kata kunci:
Teknik, Amali solat, PemahamanAbstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti teknik pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dalam amali solat, perbezaan latar belakang pelajar dan amalan teknik pembelajaran. Kajian ini juga untuk mengenalpasti hubungan antara teknik pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan metode kuantitatif. Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Responden kajian melibatkan 120 orang pelajar semester 2 sesi II 2021/2022 dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Keseluruhan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara teknik pembelajaran amali solat dengan pencapaian pemahaman maksud bacaan dalam solat para pelajar. Kajian ini mencadangkan elemen-elemen teknik pembelajaran amali solat diberi perhatian khusus oleh pensyarah dan pelajar dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran amali solat agar penghayatan solat serta kecemerlangan kualiti pelajar tercapai.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Social Science and Business in TVET
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Teknik Amali Solat Dan Pemahaman Maksud Bacaan Dalam Solat Para Pelajar Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 514-522. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c154