Minat Pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Terhadap Sukan Massa
Kata kunci:
Minat, Program Sukan, Sukan MassaAbstrak
Sukan massa ialah aktiviti fizikal yang melibatkan penyertaan ramai individu tanpa mengira tahap kemahiran, bertujuan membentuk masyarakat yang sihat dan bersatu padu. Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), penglibatan pelajar dalam sukan massa penting untuk kesihatan fizikal, mental serta pembentukan sahsiah, namun kadar penyertaan masih rendah walaupun pelbagai program telah dianjurkan. Tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui tahap minat pelajar terhadap sukan massa serta faktor-faktor yang mempengaruhinya serta cadangan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam sukan massa di institusi. Representatif tinjauan serta kajian ini melibatkan bilangan seramai 150 orang responden iaitu 90 lelaki dan 60 perempuan yang menuntut di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Target pelajar diminta untuk membuat penilaian tahap minat terhadap sukan massa serta faktor-faktor yang mempengaruhi minat mereka diukur menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada 2 segmen. Data kajian diperoleh melalui penggunaan bentuk kaji selidik. Statistical Package for Social Science (SPSS) digunakan untuk menganalisis data menggunakan kaedah peratus, skor min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, data menunjukkan tahap minat pelajar PSA terhadap sukan massa adalah tinggi iaitu skor min 3.81. Hasil kajian ini akan dapat membantu institusi dalam merancang penganjuran aktiviti dan program yang melibatkan pelajar pada setiap tahun.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Social Science and Business in TVET
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Minat Pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Terhadap Sukan Massa. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 598-605. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c202