Analisis Aerodinamik Terhadap Kereta Formula Pelajar
Keywords:
Aerodinamik, Analisis, Kereta Formula Pelajar, Simulasi, KestabilanAbstract
Aerodinamik memainkan peranan penting dalam prestasi kereta Formula Pelajar, khususnya dalam mengoptimumkan daya seretan (drag coefficient) dan daya tekan (downforce). Drag coefficient ialah ukuran rintangan sesuatu objek dalam persekitaran bendalir, di mana nilai drag coefficient yang lebih rendah menunjukkan daya seretan yang lebih kecil, sekali gus meningkatkan kecekapan pergerakan kenderaan. Sementara itu, downforce merupakan daya yang menekan kenderaan ke permukaan jalan, di mana lebih banyak downforce akan meningkatkan cengkaman tayar, sekali gus memperbaiki kestabilan dan kawalan kenderaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perbandingan aerodinamik antara kenderaan lumba yang dilengkapi sayap dan tanpa sayap bagi menentukan kesan reka bentuk terhadap prestasi pemanduan. Kajian dijalankan menggunakan kaedah simulasi bendalir pengiraan tiga dimensi (3D Computational Fluid Dynamics, CFD) dengan perisian Autodesk CFD bagi menilai pengaruh kelajuan kenderaan terhadap prestasi aerodinamiknya. Simulasi dilakukan pada lima tahap kelajuan berbeza iaitu 60km/j, 70km/j, 80km/j, 90km/j dan 100km/j. Hasil simulasi menunjukkan bahawa kenderaan dengan sayap mempunyai purata drag coefficient lebih tinggi iaitu 0.6042 berbanding tanpa sayap iaitu 0.5541. Walaupun penambahan sayap meningkatkan daya seretan, ia juga membantu meningkatkan daya tekan, yang dapat meningkatkan kestabilan dan kawalan kenderaan pada kelajuan tinggi. Hasil kajian ini dijangka dapat menyediakan panduan dalam mereka bentuk kereta yang lebih cekap dari segi kestabilan dan kelajuan, sekaligus meningkatkan daya saing pasukan dalam perlumbaan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Engineering and Green Technology
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Analisis Aerodinamik Terhadap Kereta Formula Pelajar. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 24-31. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a144