Inovasi Alat Angkat Beroda Untuk Buggy Elektrik Formula Pelajar
Kata kunci:
buggy elektrik, formula pelajar, inovasi, mudah alih, penyelenggaraan kenderaan EV, alat angkat kenderaanAbstrak
Kajian ini menerangkan reka bentuk dan pembangunan sebuah alat pengangkat bergerak yang direka khusus untuk kenderaan jenis electric vehicle buggy. Tujuan utama pembangunan alat ini adalah untuk memudahkan kerja penyelenggaraan dan pembaikan dengan menyediakan satu penyelesaian pengangkatan yang mudah alih, stabil, dan selamat. Alat ini dibina menggunakan sistem mekanikal berasaskan tuas dan digabungkan dengan roda bagi membolehkan pergerakan yang lancar serta penggunaan di pelbagai permukaan. Bahan binaan seperti logam tahan lasak telah dipilih berdasarkan keperluan kekuatan, ketahanan terhadap beban, dan ciri ringan supaya alat ini mampu menampung berat kenderaan tanpa mengurangkan kebolehgerakan dan keselamatan pengguna. Kajian ini turut merangkumi pengiraan daya, ujian kestabilan, dan simulasi pengangkatan untuk memastikan keberkesanan alat dari segi fungsi dan keselamatan. Hasil ujian menunjukkan bahawa alat ini boleh dikendalikan dengan selamat oleh seorang individu dengan beban kenderaan sebanyak 250 kg semasa kerja penyelenggaraan. Keseluruhan hasil menunjukkan bahawa alat ini berpotensi tinggi untuk digunakan dalam bengkel, makmal kejuruteraan, atau lapangan yang melibatkan kenderaan ringan elektrik. Kajian ini diharap dapat menjadi rujukan berguna dalam pembangunan peralatan kejuruteraan automotif yang cekap, kos efektif dan mesra pengguna.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Innovation in TVET Learning and Teaching
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Inovasi Alat Angkat Beroda Untuk Buggy Elektrik Formula Pelajar. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 715-720. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d189