Kesediaan Pelajar Dalam Menghadapi Pembentangan Projek Akhir Di Politeknik
Kata kunci:
Kemahiran Komunikasi, Kesediaan Pelajar, Pembentangan, Projek Akhir, Pelajar PoliteknikAbstrak
Kemahiran komunikasi yang berkesan merupakan elemen kritikal bagi pelajar bidang teknikal, terutamanya dalam menyampaikan pembentangan projek akhir yang menjadi komponen utama penilaian di institusi politeknik. Walaupun menguasai kemahiran teknikal, ramai pelajar menghadapi kesukaran dalam menghasilkan pembentangan yang tersusun dan meyakinkan. Kajian ini bertujuan menilai tahap kesediaan 92 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal dalam menyediakan dan menyampaikan pembentangan projek akhir mereka. Kaedah kajian kuantitatif digunakan melalui soal selidik berstruktur yang merangkumi aspek isi kandungan pembentangan, penggunaan alat bantu visual, serta persediaan dan pelaksanaan pembentangan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, khususnya frekuensi, peratusan dan min, untuk menentukan tahap kesediaan pelajar dalam setiap aspek. Hasil dapatan menunjukkan tahap kesediaan pelajar adalah tinggi iaitu 3.79 bagi setiap aspek yang dikaji iaitu bagi aspek isi kandungan dalam pembentangan, penggunaan alat bantu visual, persediaan sebelum menghadapi pembentangan dan kemahiran penyampaian semasa proses pembentangan. Kajian ini merumuskan bahawa bimbingan berstruktur dan sokongan berterusan dapat membantu meningkatkan keyakinan serta keberkesanan pelajar dalam menghadapi pembentangan projek akhir.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Social Science and Business in TVET
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Kesediaan Pelajar Dalam Menghadapi Pembentangan Projek Akhir Di Politeknik. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 523-531. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c165