Kajian Kkp Di Sektor Tvet: Menilai Kesedaran, Sikap, Dan Pematuhan Ppe Dalam Kalangan Staf Politeknik
Kata kunci:
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Peralatan Pelindung Diri (PPE), Kesedaran, Sikap, Amalan, Komuniti PoliteknikAbstrak
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) merupakan aspek penting dalam memastikan kesejahteraan warga kerja serta mengurangkan risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan. Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap kesedaran, sikap, dan amalan penggunaan Peralatan Pelindung Diri (PPE) dalam kalangan komuniti politeknik yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, dan pekerja industri. Reka bentuk kajian kuantitatif digunakan melalui pengedaran soal selidik kepada 499 responden. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS melibatkan analisis deskriptif dan inferensi seperti Korelasi Pearson dan ujian-t sampel bebas. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengalaman kerja dengan kesedaran dan sikap terhadap KKP. Namun, tiada hubungan signifikan antara pengalaman kerja dengan penggunaan PPE, serta tiada perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Kajian ini mengesahkan bahawa walaupun tahap kesedaran dan sikap terhadap keselamatan adalah tinggi, amalan penggunaan PPE masih rendah, menunjukkan wujudnya jurang pengetahuan-sikap-amalan (KAP gap). Oleh itu, pendekatan holistik yang merangkumi latihan berterusan, pengukuhan budaya keselamatan, dan penyeliaan berkala disarankan bagi meningkatkan pematuhan terhadap penggunaan PPE dalam kalangan komuniti politeknik.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Social Science and Business in TVET
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Kajian Kkp Di Sektor Tvet: Menilai Kesedaran, Sikap, Dan Pematuhan Ppe Dalam Kalangan Staf Politeknik. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 626-631. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c227