Faktor-Faktor Yang Mendorong Pelajar Semester 2 Kolej Komuniti Rompin Memilih Bidang Teknik Dan Vokasional Sebagai Laluan Kerjaya
Kata kunci:
faktor pendorong, bidang teknik dan vokasional, minat, ibubapa, keluarga dan rakan, gaji dan ganjaranAbstrak
Kajian ini mengkaji Faktor-Faktor yang Mendorong Pelajar Semester 2 Kolej Komuniti Rompin Memilih Bidang Teknik dan Vokasional Sebagai Laluan Kerjaya. Faktor utama yang dikaji ialah faktor minat, faktor ibubapa,keluarga dan rakan dan faktor gaji dan ganjaran. Seramai 134 sampel pelajar telah menjadi responden, dan data dikumpul melalui soal selidik serta dianalisis menggunakan SPSS 27. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor minat paling banyak mempengaruhi pemilihan pelajar (min = 3.43), diikuti oleh faktor gaji dan ganjaran (min = 3.39) dan faktor ibubapa,keluarga dan rakan (min = 3.27). Penyelidik mencadangkan agar pihak berkepentingan seperti Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) merancang dan melaksanakan pelbagai kaedah promosi tahunan, dengan penekanan kepada bahan promosi yang selaras dengan faktor pemilihan pelajar dalam bidang TVET.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Innovation in TVET Learning and Teaching
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Faktor-Faktor Yang Mendorong Pelajar Semester 2 Kolej Komuniti Rompin Memilih Bidang Teknik Dan Vokasional Sebagai Laluan Kerjaya. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 753-760. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d216