Penilaian Kebolehdapatan Kerja Graduan Diploma Teknologi Maklumat Berdasarkan Maklum Balas Alumni
Kata kunci:
Kebolehdapatan Kerja, Objektif Pendidikan Program (PEO), Alumni, Politeknik, Teknologi MaklumatAbstrak
Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehdapatan kerja graduan berdasarkan pencapaian objektif pendidikan program (PEO) bagi program Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. PEO merupakan sasaran jangka panjang program akademik yang merangkumi pencapaian profesional, pembangunan kerjaya, dan sumbangan sosial graduan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas tamat pengajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan pengedaran soal selidik secara dalam talian sebagai instrumen pengumpulan data penyelidikan. Sebanyak 80 sampel data telah diperoleh daripada alumni kohort Disember 2018. Instrumen soal selidik dibangunkan berdasarkan indikator pencapaian PEO dan tahap kebolehdapatan kerja, termasuk status pekerjaan, kesesuaian bidang kerja, dan penggunaan kemahiran yang diperoleh semasa pengajian. Ujian kesahihan dan kebolehpercayaan terhadap instrumen menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha tinggi iaitu 0.97. Hasil kajian menunjukkan majoriti graduan berjaya mencapai matlamat PEO pertama dan kedua yang berkaitan dengan kebolehpasaran dan kemajuan kerjaya, namun terdapat ruang penambahbaikan dari segi PEO yang melibatkan sumbangan kepada masyarakat dan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, mereka perlu berusaha menyesuaikan diri dengan situasi semasa dengan mengenal pasti kemahiran baru yang diperlukan oleh industri. Mereka perlu mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran supaya relevan dengan keperluan semasa. Graduan perlu menonjolkan keunikan bidang kepakaran mereka sebagai nilai tambah agar dipilih sebagai pekerja. Mereka juga boleh mencipta pekerjaan sendiri sekiranya terlibat dalam dunia keusahawanan menggunakan teknologi.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Engineering and Green Technology
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Penilaian Kebolehdapatan Kerja Graduan Diploma Teknologi Maklumat Berdasarkan Maklum Balas Alumni. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 399-408. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a278