Kajian Pencapaian Objektif Pendidikan Program (Peo) Berdasarkan Kurikulum 2014 Bagi Diploma Kejuruteraan Mekatronik Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Psmza)
Kata kunci:
Objektif Pendidikan Program (PEO), Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik Graduan Kohort 2018 hingga 2021Abstrak
Objektif Pendidikan Program (PEO) merupakan sasaran khusus program yang dirangka selaras dengan misi dan visi serta aspirasi institusi pengajian. Ia merangkumi pencapaian yang dijangka akan dimiliki oleh graduan dalam kerjaya dan kehidupan profesional mereka selepas tamat pengajian. PEO yang berkesan harus bersifat spesifik, boleh dicapai, boleh diukur, berorientasikan hasil dan terikat kepada jangka masa tertentu. Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik adalah antara salah satu program kejuruteraan yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di PSMZA. Dalam kajian ini, kaedah soal selidik jenis tertutup (dichotomous) digunakan bagi menilai pencapaian PEO yang berkaitan dengan kerjaya, etika profesional, keusahawanan berasaskan pengetahuan kejuruteraan dan pembangunan kerjaya. Kajian ini bertujuan mengenalpasti graduan TVET yang seimbang dan merangkumi kesemua PEO utama. Kajian telah dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan dibuka untuk maklum balas pada awal tahun 2024. Seramai 140 graduan daripada kohort 2018 hingga 2021 telah memberikan maklum balas terhadap soal selidik ini.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Industry-Based Education
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Kajian Pencapaian Objektif Pendidikan Program (Peo) Berdasarkan Kurikulum 2014 Bagi Diploma Kejuruteraan Mekatronik Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Psmza). (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 425-436. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/b188