Peranan Tahap Kemahiran Algebra Terhadap Keberkesanan Pembelajaran Matematik Dalam Bidang Teknologi Maklumat Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Pengarang

  • Nadiana Binti Ariffin Pengarang
  • Shahrah Binti Hamat Pengarang
  • Nor Baiyyah Binti Mohd Nor Saidi Pengarang

Kata kunci:

Algebra, Pencapaian Akademik, Matematik Diskret, Kursus Matematik, Pengajaran, Politeknik

Abstrak

Kajian ini bertujuan menilai kesan penguasaan algebra terhadap pencapaian pelajar dalam kursus matematik di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), khususnya kursus Calculus and Algebra dan Discrete Mathematics. Algebra merupakan asas penting dalam memahami konsep matematik lanjutan dan memainkan peranan utama dalam kejayaan akademik pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menganalisis data keputusan peperiksaan akhir melibatkan 212 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi sesi 2022/2023 hingga 2023/2024. Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi positif antara penguasaan algebra dan pencapaian dalam kursus matematik lanjutan. Pelajar yang menguasai algebra dengan baik memperoleh prestasi lebih tinggi dalam kursus Discrete Mathematics, manakala pelajar yang lemah menunjukkan prestasi rendah. Analisis min juga menunjukkan keputusan pelajar dalam kursus Calculus and Algebra lebih tinggi berbanding Discrete Mathematics. Kajian turut mengenal pasti faktor seperti tahap kesukaran soalan dan kaedah pengajaran sebagai penyumbang kepada tahap penguasaan algebra. Pelajar yang mendapat latihan intensif menunjukkan penguasaan yang lebih baik. Kajian mencadangkan kelas tambahan, strategi pengajaran interaktif, dan pemantauan berkala bagi memperkukuh penguasaan algebra. Dapatan ini diharapkan membantu memperbaiki kurikulum dan strategi pengajaran matematik di politeknik.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Nadiana Binti Ariffin
    Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Shahrah Binti Hamat
    Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Nor Baiyyah Binti Mohd Nor Saidi
    Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Diterbitkan

2025-11-01

Cara Memetik

Peranan Tahap Kemahiran Algebra Terhadap Keberkesanan Pembelajaran Matematik Dalam Bidang Teknologi Maklumat Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 459-464. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/b275

Artikel Sejenis

1-10 daripada 109

Anda juga boleh mulakan carian persamaan lanjutan untuk artikel ini.