Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Keselamatan Dan Penggunaan Peralatan Pelindung Diri Dalam Kalangan Pelajar Psmza

Pengarang

  • Mohd Hafiz Bin Muda Pengarang
  • Muhammad Farhan Bin Ramlan Pengarang
  • Mohammad Aizat Bin Mohd Tajuddin Pengarang
  • Wan Mohd Rizairie Bin Wan Mohamad Noor Pengarang

Kata kunci:

Amalan Keselamatan, Peralatan Pelindung Diri (PPE), Pelajar TVET, Politeknik, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), Faktor Pengaruh

Abstrak

Kajian ini menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi amalan keselamatan dan penggunaan Peralatan Pelindung Diri (PPE) dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Ia bertujuan untuk menilai tahap amalan keselamatan dan penggunaan PPE, dan mengenalpasti hubungan faktor demografi serta persepsi terhadap elemen budaya keselamatan dengan amalan ini dalam kalangan pelajar. Menggunakan pendekatan kuantitatif dengan data daripada 499 responden, di mana pelajar PSMZA mewakili 50.5% daripada sampel, analisis statistik deskriptif, korelasi Pearson, dan ANOVA telah dijalankan. Dapatan menunjukkan bahawa amalan keselamatan dan penggunaan PPE dalam kalangan responden secara keseluruhan adalah pada tahap sederhana hingga tinggi, namun tiada hubungan signifikan ditemui antara pengalaman kerja atau jantina dengan amalan PPE (p > 0.05). Walau bagaimanapun, elemen budaya keselamatan seperti keberkesanan latihan OSH, persepsi positif terhadap budaya keselamatan, kesedaran KKP, dan pengurusan risiko didapati berkorelasi positif dan signifikan dengan faktor yang mempengaruhi penggunaan APD (r antara .702 hingga .784, p < 0.01). Selain itu, pelajar menunjukkan tahap kesedaran KKP yang lebih rendah secara signifikan berbanding pensyarah, menggariskan jurang kesedaran. Kajian ini menekankan kepentingan latihan yang komprehensif, budaya keselamatan yang kuat, dan kesedaran individu untuk memperkukuh amalan keselamatan dan penggunaan PPE yang konsisten di kalangan pelajar TVET.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Mohd Hafiz Bin Muda
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Muhammad Farhan Bin Ramlan
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Mohammad Aizat Bin Mohd Tajuddin
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Wan Mohd Rizairie Bin Wan Mohamad Noor
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Diterbitkan

2025-11-01

Cara Memetik

Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Keselamatan Dan Penggunaan Peralatan Pelindung Diri Dalam Kalangan Pelajar Psmza. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 864-870. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/f143

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama

Artikel Sejenis

1-10 daripada 113

Anda juga boleh mulakan carian persamaan lanjutan untuk artikel ini.