Kajian Penetapan Kpi Programme Educational Objective (Peo) Bagi Kurikulum Versi 2019 Daripada Pemegang Taruh Diploma Kejuruteraan Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Pengarang

  • Mohd Farid Bin Abdul Sallam Pengarang
  • Mohd Afiq Bin Muhammad Pengarang
  • Ahmad Airfan Bin Khalid Pengarang

Kata kunci:

Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Objektif Pendidikan Program (PEO), Hasil Pembelajaran Program (PLO), Hasil Pembelajaran Kursus (CO)

Abstrak

Jaminan kualiti dalam pendidikan merupakan asas penting bagi memastikan penambahbaikan berterusan serta pemeliharaan piawaian pendidikan melalui kaedah penilaian yang sistematik dan konsisten. Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik Malaysia direka bentuk untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran serta separa mahir bagi memenuhi keperluan industri. Program ini juga bertujuan membangunkan dan membekalkan tenaga kerja yang kompeten dalam menghadapi cabaran persekitaran global yang semakin dinamik dan kompetitif. Objektif Pendidikan Program (PEO) telah diguna pakai secara meluas dalam pelaksanaan program TVET di pelbagai institusi pengajian. Kajian ini dijalankan bagi menetapkan nilai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang bersesuaian bagi PEO Kurikulum versi 2019 bagi Program Diploma Kejuruteraan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Hasil kajian ini akan digunakan sebagai penanda aras prestasi dalam menilai tahap pencapaian PEO dalam kalangan graduan, 3 hingga 5 tahun selepas tamat pengajian. Satu tinjauan ke atas pihak berkepentingan telah dilaksanakan dan dijadikan rujukan utama dalam proses penentuan KPI tersebut.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Mohd Farid Bin Abdul Sallam
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Mohd Afiq Bin Muhammad
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Ahmad Airfan Bin Khalid
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Diterbitkan

2025-11-01

Cara Memetik

Kajian Penetapan Kpi Programme Educational Objective (Peo) Bagi Kurikulum Versi 2019 Daripada Pemegang Taruh Diploma Kejuruteraan Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 930-942. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/f233

Artikel Sejenis

1-10 daripada 55

Anda juga boleh mulakan carian persamaan lanjutan untuk artikel ini.