Analisis Aerodinamik Terhadap Kereta Formula Pelajar

Pengarang

  • Mohd Gadaffi Bin Osman Pengarang
  • Mohd Fais Bin Ismail Pengarang
  • Mohammad Aizat Bin Mohd Tajuddin Pengarang

Kata kunci:

Aerodinamik, Analisis, Kereta Formula Pelajar, Simulasi, Kestabilan

Abstrak

Aerodinamik memainkan peranan penting dalam prestasi kereta Formula Pelajar, khususnya dalam mengoptimumkan daya seretan (drag coefficient) dan daya tekan (downforce). Drag coefficient ialah ukuran rintangan sesuatu objek dalam persekitaran bendalir, di mana nilai drag coefficient yang lebih rendah menunjukkan daya seretan yang lebih kecil, sekali gus meningkatkan kecekapan pergerakan kenderaan. Sementara itu, downforce merupakan daya yang menekan kenderaan ke permukaan jalan, di mana lebih banyak downforce akan meningkatkan cengkaman tayar, sekali gus memperbaiki kestabilan dan kawalan kenderaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perbandingan aerodinamik antara kenderaan lumba yang dilengkapi sayap dan tanpa sayap bagi menentukan kesan reka bentuk terhadap prestasi pemanduan. Kajian dijalankan menggunakan kaedah simulasi bendalir pengiraan tiga dimensi (3D Computational Fluid Dynamics, CFD) dengan perisian Autodesk CFD bagi menilai pengaruh kelajuan kenderaan terhadap prestasi aerodinamiknya. Simulasi dilakukan pada lima tahap kelajuan berbeza iaitu 60km/j, 70km/j, 80km/j, 90km/j dan 100km/j. Hasil simulasi menunjukkan bahawa kenderaan dengan sayap mempunyai purata drag coefficient lebih tinggi iaitu 0.6042 berbanding tanpa sayap iaitu 0.5541. Walaupun penambahan sayap meningkatkan daya seretan, ia juga membantu meningkatkan daya tekan, yang dapat meningkatkan kestabilan dan kawalan kenderaan pada kelajuan tinggi. Hasil kajian ini dijangka dapat menyediakan panduan dalam mereka bentuk kereta yang lebih cekap dari segi kestabilan dan kelajuan, sekaligus meningkatkan daya saing pasukan dalam perlumbaan.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Mohd Gadaffi Bin Osman
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Mohd Fais Bin Ismail
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Mohammad Aizat Bin Mohd Tajuddin
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Diterbitkan

2025-11-01

Cara Memetik

Analisis Aerodinamik Terhadap Kereta Formula Pelajar. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 24-31. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a144

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama

Artikel Sejenis

1-10 daripada 51

Anda juga boleh mulakan carian persamaan lanjutan untuk artikel ini.