Mesin Pengisian Pra-Retort: Pembangunan Sistem Kecekapan Haba Yang Mampan

Pengarang

  • Wan Mohd Rizairie Bin Wan Mohamad Noor Pengarang
  • Mohd Gadaffi Bin Osman Pengarang
  • Farih Bin Deraman Pengarang

Kata kunci:

Mesin Pra-Retort, Kualiti, Pembangunan, Pemanasan, Pes, Pengisian

Abstrak

Industri pemprosesan makanan memerlukan sistem yang cekap dalam mengekalkan suhu bahan bagi memastikan kualiti produk terjaga sepanjang proses pengisian. Kajian ini membincangkan pembangunan sistem pemanasan tambahan pada mesin pengisian pra-retort bagi mengekalkan suhu bahan pada 80°C. Air dipanaskan di dalam boiler kemudian akan dialirkan melalui hos yang dililit pada corong filling machine. Mesin ini direka untuk menjalankan tiga fungsi utama, iaitu memasak bahan, memindahkan pes masakan, dan membungkus pes dalam satu sistem yang bersepadu. Selain meningkatkan kecekapan haba, sistem pemanasan ini juga berperanan dalam menghalang pencemaran silang semasa proses pemindahan pes masakan ke bekas makanan dan ke mesin pengisian. Pemanasan yang cekap bukan sahaja memastikan kestabilan suhu, malah dapat meningkatkan jangka hayat pes masakan dengan mengurangkan risiko pertumbuhan mikroorganisma yang boleh merosakkan produk. Teknologi Internet of Things (IoT) turut diterapkan bagi membolehkan pemantauan dan kawalan suhu secara masa nyata, memastikan kestabilan haba serta meningkatkan keselamatan produk. Sensor suhu termokopel jenis K digunakan untuk mengukur suhu air, kemudian disepadukan dengan rangkaian IoT membolehkan pemantauan jarak jauh dan analisis data bagi mengoptimumkan kecekapan sistem. Penambahan sistem pemanasan dan IoT ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan tenaga, malah memastikan kestabilan suhu, mengurangkan kehilangan haba, serta meningkatkan kualiti, keselamatan, dan jangka hayat produk akhir. Pembangunan mesin ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan keberkesanan proses industri makanan serta menyokong usaha ke arah teknologi pemprosesan yang lebih lestari.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Wan Mohd Rizairie Bin Wan Mohamad Noor
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Mohd Gadaffi Bin Osman
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Farih Bin Deraman
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Diterbitkan

2025-11-01

Cara Memetik

Mesin Pengisian Pra-Retort: Pembangunan Sistem Kecekapan Haba Yang Mampan. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 32-37. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a145

Artikel yang paling banyak dibaca oleh pengarang yang sama

Artikel Sejenis

1-10 daripada 30

Anda juga boleh mulakan carian persamaan lanjutan untuk artikel ini.